Monday, August 31, 2009

short rhyme 1

my love is 4 my God and none other,

dear Lord please guide dis fragile heart of mine to love none but U,
and to love other because of U,

4 this little heart of mine is ill without Ur presence,

and i will be left astray without Ur guidance,

4 i only need U and none but U,

and my greatest wish is to enter Jannah to be with U...

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan kembali !!

So my friends we have arrived in this blessed month of Ramadhan. Patutnya ana post nih lebih awal but anyway.. rasa kejap je since last Ramadhan. Alhamdulillah Allah masih memberi ana kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang dirindui. Terdapat banyak kelebihan bulan ini yang tercatat dalam al-Quran dan hadith.. bahkan dengan mendirikan puasa kita juga mendirikan agama kita iaitu ia adalah salah satu daripada rukun Islam.. antara fadhilat Ramadhan:

dari Ubadah b. Somit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah mengampuni dosa2 kamu, memakbulkan doa-doa, melihat atas perlumbaan kamu utk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat2. Maka tunjukkanlah kepada Allah taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

so kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan bulan ini bahkan ada tercatit dalam hadith juga: "Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya keutamaan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun sepatutnya menjadi bulan Ramadhan".

tetapi sebaliknya tidak begitu fenomenanya di Malaysia. Apa yang kita dapat lihat umat islam lebih meraikan maulidur Rasul, maal hijrah dan seumpamanya lebih daripada menyambut bulan Ramadhan sedangkan ia bukanlah amalan Rasulullah. Bahkan ada yang sudah pun tidak sabar utk menyambut Hari Raya sedangkan bulan Ramadhan belum lagi tiba seperti kita dapat dengar di radio dengan peraduan perayaan dan lagu raya yang sudah pun di kumandangkan di pasar2 raya. Sedih ana melihat keadaan ini.

So, (focus balik) marilah kita menghidupkan bulan ini dan kejarlah segala kelebihan dan kebaikan di bulan ini. Hidupkanlah masjid, basahkan lidah dengan zikir dan kumandangkanlah alunan Quran. Mungkin kita tidak dapat melakukan semua amalan sunnah pada bulan ini , so apa yang ana cadangkan ialah kita harus ada specific goals. contohnya berazam utk mengkhatamkan Quran, menghafaz satu juzuk dan sebagainya. biarlah goals kita tuh something that is challenging but still reachable and realistik sesuai dengan level kita. Insya-Allah kalau ada aim kita akan lebih gigih untuk melakukan amalan tersebut .. So .. lets together make this Ramadhan our bestest Ramadhan .. and SELAMAT BERAMAL!! =)

Tuesday, August 25, 2009

HARAPAN RAMADHAN: Raihan ft. Manbai

Sebagai meraikan Ramadhan Mubarak mari kita hayati lagu yg dinyanyikan oleh Raihan dan Manbai. Semoga dapat menambahkan lagi kekhusyukkan kita beribadah.... =)


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh juaAddThis