Monday, September 7, 2009

Penghayatan Nuzul Quran..!!

Seperti kita tahu hari ini bersamaan 17 Ramadhan adalah hari memperingati Nuzul Quran. So what is this day? Mari kita kembali mengenangkan sirah semula. Peristiwa yang merupakan titik tolak kepada dakwah baginda s.a.w . so jom kita hayati kisah ini melalui sebuah hadith.

Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (Bukhari dan Muslim)

Begitulah bermulanya permulaan wahyu yang diturunkan kepada baginda sehingga lengkap kini yang kita kenali sebagai al-Quran. Allah s.w.t menjadikan al-Quran sebagai panduan kepada kehidupan manusia. Tanpa Al-Quran sudah pasti umat manusia akan menuju kearah kebinasaan. Allah telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini dengan itu hanya Dialah yang mengetahui kekurangan dan keperluan ciptaannya. Kalau kita pandukan hidup kita hanya dengan ideologi atau falsafah manusia sudah pasti ada cacat celanya kerana ketidak sempurnaan manusia itu sendiri dan terlalu banyak perkara lagi kita tidak dapat nak comprehend sebab limit dalam pemikiran kita sendiri. Maka dengan itu, Allah menurunkan al-Quran bagi melengkapkan kehidupan manusia dan membawa kepada kebahagiaan yang hakiki.

Tetapi malangnya hari ini al-Quran tidak lagi dijadikan sebagai panduan. Al-Quran hanyalah bacaan yang dilagukan di lidah dan menjadi perhiasan di rak-rak buku di rumah dan di masjid. Berapa ramai yang masih lagi mengambil pengajaran dari panduan dari Illahi ini. Tidakkah kita melihat kepada kejayaan orang-orang yang sebelum iaitu kejayaan para sahabat. Mereka menjalankan hidup mereka berpandukan program illahi iaitu melalui Al-Quran dan as-Sunnah dan mereka dikenali sebagai generasi Rabbani. Generasi inilah yang membawa kepada revolusi dunia sendiri dan umat islam yang dahulunya dikenali sebagai kaum gasar di pandang pasir pula menjadi ustaziatul alam yang memerintah 2/3 dunia pada ketika itu.

Jadi marilah kita hidupkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan penghayatan kita terhadap isi kandungan al-Quran. Marilah kita bersama bukan sahaja bertadarus malah kita juga bertadabbur dengan al-Quran. Memerhati, menghayati serta cuba memahami isi kandungan demi mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Seperti firman Allah:

“ Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Sad 29)

So what are you waiting 4?... SELAMAT BERAMAL… =)

Thursday, September 3, 2009

Amal kecil tapi Berterusan..!!

Salam Mubarak to all ma brothers n sisters. So dalam bulan yang penuh keberkatan ini marilah kita berpesan-pesan n saling ingat-mengingati sesama kita. Bagaimana amal antum bulan ni?.. tepuk dada tanya imanlah kan…

Talking about amal ana nak kongsi satu kisah utk sama kita ambil iktibar.. this story is about an old woman yang berkulit hitam dan dia juga seorang yang miskin. Dia dipanggil dengan gelaran Ummu Mihjan but dalam hadith tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan dia tinggal di Madinah.

So anyway, perempuan tersebut rasa dia ada tanggungjawab terhadap islam dan masyarakat sekitar. But apa kan daya dia cuma seorang yang miskin. If we were to be put in her situation what would we do? Hmm… Tapi tidak si Ummu Mihjan nih. Dia tidak putus harapan dan mengamalkan husnuzon thinking or positive thinking. Seperti kita tahu Masjid bukan sahaja pusat ibadah malah pusat pentadbiran dan juga pusat social pada ketika itu. So this women decided untuk menjadi tukang sapu masjid nabi. Dia dengan sukarela datang ke masjid untuk menjadi tukang cleaner dan istiqamah dengan amalnya itu. Kerjanya juga turut mendapat perhatian Rasulullah.

One day, si Ummu Mihjan ni meninggal. So sahabat membawa jenazahnya kepada Rasulullah, tapi ketika itu Rasulullah sedang tidur. So sahabat-sahabat ni terus berpakat untuk menyolat dan mengebumikan jenazah tersebut. Satu hari Rasulullah perasan ketidak hadiran perempuan tersebut. Lalu baginda bertanya kepada sahabat di mana perempuan tersebut para sahabat pun menjawab perempuan itu sudah meninggal. Lalu Rasulullah berkata: “ Mengapa tidak kalian beritahu kepadaku?” Para sahabat bersangka siapalah perempuan itu (tukang cleaner nak katakan). Maka Rasulullah suruh tunjukkan kepada kubur tersebut lalu baginda melaksanakan solat ghaib untuk mendapatkan keberkatan Allah kepada perempuan tersebut. Kisah ini berdasarkan riwayat Muslim dan Bukhari. Kita dapat lihat dengan amalnya yang kecil itu beliau dimuliakan Allah dan Rasul-Nya.

Jadi marilah kita sama-sama ambil iktibar daripada kisah ini. No matter what status you are in whether you have a bachelor, master, PHD dan tak kisah kita seorang ustaz, pak imam or whatever status sekali pun still mesti ada amal yang mampu kita lakukan. Contoh amal yang ana rasa kita mampu lakukan adalah seperti zikir, baca ayat2 al-Quran, menolong orang yang susah dan sebagaainya. Ruang untuk beramal soleh ini tidak sempit, we just have to open up our mind to all the possibilities to see it.

So, how to start? Firstly, kita kene cari amal yang kita rasa sesuai dengan our current level. Biarlah amal tu kecil sekalipun tapi kita cuba untuk consistent dalam melakukannya. Mungkin pada awalnya kita agak susah dan mungkin juga kita masih tidak ikhlas tapi seperti simpulan bahasa yang kita sering dengar ‘ alah bisa tegar biasa’, lama-lama kita akan terbiasa juga. Akhirnya keikhlasan itu akan timbul dan kita dapat terus istiqamah dengan amal tersebut. Biarlah bertahap dalam ibadah dan jangan terus jump into extream. Seperti kita biasa dengar amal kecil yang berterusan lebih baik daripada amal besar yang terputus-putus.

Jadi sempena masih lagi ada kesempatan di bulan Ramadhan ini marilah kita berkejar-kejaran untuk melakukan amal ibadah. Semoga amalan-amalan kita tersebut dapat terus dibawa sepanjang hayat. We will never know when we will go, semoga dengan amalan kecil kita itu Allah s.w.t akan meredhakan kita untuk menjejak kaki ke dalam syurga-Nya. Wallahua'lam. So sekian saja rit now wasalam. !! (^ _^)