Monday, September 7, 2009

Penghayatan Nuzul Quran..!!

Seperti kita tahu hari ini bersamaan 17 Ramadhan adalah hari memperingati Nuzul Quran. So what is this day? Mari kita kembali mengenangkan sirah semula. Peristiwa yang merupakan titik tolak kepada dakwah baginda s.a.w . so jom kita hayati kisah ini melalui sebuah hadith.

Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (Bukhari dan Muslim)

Begitulah bermulanya permulaan wahyu yang diturunkan kepada baginda sehingga lengkap kini yang kita kenali sebagai al-Quran. Allah s.w.t menjadikan al-Quran sebagai panduan kepada kehidupan manusia. Tanpa Al-Quran sudah pasti umat manusia akan menuju kearah kebinasaan. Allah telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini dengan itu hanya Dialah yang mengetahui kekurangan dan keperluan ciptaannya. Kalau kita pandukan hidup kita hanya dengan ideologi atau falsafah manusia sudah pasti ada cacat celanya kerana ketidak sempurnaan manusia itu sendiri dan terlalu banyak perkara lagi kita tidak dapat nak comprehend sebab limit dalam pemikiran kita sendiri. Maka dengan itu, Allah menurunkan al-Quran bagi melengkapkan kehidupan manusia dan membawa kepada kebahagiaan yang hakiki.

Tetapi malangnya hari ini al-Quran tidak lagi dijadikan sebagai panduan. Al-Quran hanyalah bacaan yang dilagukan di lidah dan menjadi perhiasan di rak-rak buku di rumah dan di masjid. Berapa ramai yang masih lagi mengambil pengajaran dari panduan dari Illahi ini. Tidakkah kita melihat kepada kejayaan orang-orang yang sebelum iaitu kejayaan para sahabat. Mereka menjalankan hidup mereka berpandukan program illahi iaitu melalui Al-Quran dan as-Sunnah dan mereka dikenali sebagai generasi Rabbani. Generasi inilah yang membawa kepada revolusi dunia sendiri dan umat islam yang dahulunya dikenali sebagai kaum gasar di pandang pasir pula menjadi ustaziatul alam yang memerintah 2/3 dunia pada ketika itu.

Jadi marilah kita hidupkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan penghayatan kita terhadap isi kandungan al-Quran. Marilah kita bersama bukan sahaja bertadarus malah kita juga bertadabbur dengan al-Quran. Memerhati, menghayati serta cuba memahami isi kandungan demi mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Seperti firman Allah:

“ Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Sad 29)

So what are you waiting 4?... SELAMAT BERAMAL… =)

No comments:

Post a Comment